Assalamualaikum..
Harini genap 'cintaku' berusia setahun, terase mase berlalu dengan pantas. Melihat die membesar & sihat membuatkan aku sentiasa rasa bersyukur atas kurniaanNya. Bersyukur sangat.
"Terima Kasih Ya Allah. Terima kasih kerana memberi aku nikmat perasaan seorang ibu dan sentiasa menerima doa-doaku. Sesungguhnya hambaMu ini amat lemah dan kerdil Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku Ya Allah"
Sebenarnya aku tak tau nak sambut hari ini macam mana. rasa terharu dan sebak sangat bile melihat 'cintaku'. Sejak baby lagi ' cintaku' , aku & B telah diduga oleh Allah, namun aku percaya setiap apa yang Allah turunkan ade hikmahnya, aku tetap percaya pada Qada & Qadar Allah. Aku kuatkan semangat walaupun selalu aku berendam airmata. Aku jadi kuat bila mengenangkan 'cintaku' juga punyai semangat yang kuat untuk trus hidup. Hampir 2 bulan die terlantar di hospital, aku cekalkan hati untuk berulang alik melihatnya setiap hari walaupun aku dalam tempoh berpantang. Kebanyakan nurse yang aku kenal mencadangkan aku stay dihospital saje tapi aku tahu tahap kekuatan hati aku, aku x cukup kuat tuk melihatnya menangis, menangis, menangis bila darahnya diambil. terlalu sayu & sebak. habis berpantang aku trus jadi penunggu setia hospital, sbbnya aku rasa aku dah bersedia tuk hadapi semua kemungkinan, doktor & nurse yang menjaga 'cintaku'. Dek kerana 'cintaku' aku sanggup buat ape saje termasuk mengikutnya sehingga ke bilik bedah. Itulah detik yang aku xkan lupe sepanjang hayat aku, melihat keadaan di situ, aku hanya mampu berdoa moga2 'cintaku' selamat. Aku diberi peluang tuk melihat sehingga 'cintaku' diberi ubat bius, then aku diarahkan keluar. Aku sebak tapi aku xnak menangis lagi.. aku kene kuat.
Semua peristiwa tu membuatkan aku insaf & bersyukur sekarang. Walaupun 'cintaku' still ade rawatan susulan setiap bulan hingga sekarang, aku terlalu bersyukur melihatnya sekarang. Meniarap, mengundur, duduk, bertatih, (tp die xmerangkak tau... lain ckit la) telinga ku mendengar die menyebut ba ba ba, menjerit, menangis, merajuk, berposing bila gambarnya diambil, menoleh bila namenye dipanggil, cume mama jela blum nak sebut ( hehe.. kecik ati btul...). semua tu membuatkan aku merasai nikmat2 yang diberikan Allah pada wanita yang bergelar ibu.
"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN CINTAKU, MUHAMMAD AQIL HANIF"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan