Khamis, 28 Januari 2010

ALHAMDULILLAH..
alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana mendengar doa-doaku. Bersyukur sangat melihat perkembangan tumbesaran cintaku AQIL. Kalo xsilap aku dalam 2/1/2010 (genap umo die 1tahun 9 bulan) aqil bangun & trus berjalan menuju ke adik B. epul, aku tercengang sat.. slalu mmg die takut, nak kene pegang je kalo berjalan.. sebak pun ade, xtau la, gembira sangat.. Walaupun agak lambat berbanding bebdak lain tapi aku bersyukur sangat. Apatah lagi doktor physio pun banyak bg tips tuk galakkan die berjalan sendiri. Bila aku teringat balik kata2 doktor yang merawat die mase baby dulu, aku memang bersyukur sangat..
" Kemungkinan besar anak awak tak boleh berjalan, hilang kawalan untuk buang air besar & kecil, sbb sakit anak awak ni mmg akan effect bahagian bawah badan, xde ubat & cara nak pulihkan sbb effect bahagian saraf "
Aku redha & aku mula mengumpul info2 mengenai sakit ini " spina bifida", punca & rawatan2 yang ade. Aku kuatkan semangat & hati sebab aku nampak semangat dalam diri cintaku Aqil. Alhamdulillah die bole berjalan cume bab buang air besar & kecil tu mmg bermasalah & doc blum bole trace seserius mane lagi, sebab die kecik & still pkai pampers. Semoga anak mama semakin sihat & cergas ye.

Tiada ulasan: