Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah.
Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
p/s ahaks! ahaks!
Rabu, 25 Februari 2009
lawak ker..? huahuahua
Selasa, 24 Februari 2009
"cerite kasih sayang"
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apayang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh..
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
p/s mengapa saye upload cerita ini disini?? mgkin anda pun tau jawapannye. yang pasti slagi org yg kite sayangi ade didepan mate, slagi itu kasih sayng kite xboleh ilang & sentiase trus bersemi hingga akhirnye...
Isnin, 23 Februari 2009
XTVT hujung minggu..
sebenarnyer 'bende' ni dah lame plan, semenjak dapat flyers pasal bende alah ni la, so that time i told my hubby that we must go there la, sbbnyer every year asik miss je...
pagi tu bangun ngan semangatnyer la, aqil pun awal2 lg dah bangun ( die mmg tukang kejut subuh pun, hehe...).
sarapan roti canai (made from mamak shop), aqil mkn bubur jele.. lunch pun masak yg simple2 je sbb plan nak kuar kan.... tetibe after lunch dalam kul2 ujan turun selebat2nye.. uwaaaa.... camne nak tgk org main layang-layang ni.... tgu ujan reda la nmpaknyer sbb B ckp blah pasir gudang cam terang jek...
pastu xalih2 k long tipon (akak B) ty kat ne, kat umah la, ms ckp kt phone tu xbgtau pun nak dtg tetibe xalih2 terjongol je kete die, emmm.. nmpknyer xde rezki lg la kite nak tgk layang2 tu aqil ye... uwaaaa.... mlm ade majlis penutup tp mcm dah frust plak, mlm mane nmpak layang2 tu terbang, so decide dok umah ajela tgk mystar LG, tupun boring... layan jele.. inyaAllah next year la kami dtg ye, PESTA LAYANG-LAYANG....
Isnin, 16 Februari 2009
"SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN B"
arini besday my hubby... mlm tadi kiteorg sambut dlm bilik je, sbbnyer si aqil tu dah nak tdo, B plak nak kuar tgk bola, kat mane? mane lagi mamak la, almaklum la umah kiteorg ni xde ASTRO.. ptg tu g cari kek, nasib baik kedai tu dkat je, lari jap, B xtau.. huhuhu. suprise la kononnyer...
kek 4 my hubby
celebrate dalam bilik je..
p/s hubby ku dah 'tue'. huhuhu .